Langkau ke kandungan

Laman web untuk agensi kerajaan dan GLC

Laman web agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menjadi sumber maklumat rasmi untuk orang awam, rakan niaga dan media. Pengunjung datang untuk mencari maklumat tertentu, seperti latar belakang organisasi, carta organisasi, perkhidmatan, kenyataan media, notis tender dan sebut harga, serta maklumat untuk dihubungi. Susunan menu yang jelas dan fungsi carian membantu mereka mencari maklumat itu dengan cepat. Antara laman web yang kami bina dalam sektor ini: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), UMK Holdings dan MBI Terengganu.

Kebolehcapaian juga penting kerana pengguna laman web kerajaan terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk warga emas dan orang kurang upaya. Kami memberi perhatian kepada saiz tulisan yang mudah dibaca, kontras warna, teks alternatif pada gambar dan paparan yang sesuai di telefon. Laman web juga boleh disediakan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Keperluan khusus agensi, seperti garis panduan laman web sektor awam, boleh dibincangkan sebelum projek bermula.

Staf agensi biasanya perlu memuat naik notis, pekeliling dan dokumen PDF dengan kerap. Dengan WordPress, pegawai yang bertugas boleh menerbitkan notis tender atau berita sendiri tanpa pengetahuan teknikal. Organisasi anda menerima akses penuh ke WordPress admin, Plesk dan SFTP, sesi serahan melalui Zoom dan manual PDF. Untuk penyelenggaraan berterusan selepas tempoh percuma, lihat LamanWeb Support.

Soalan lazim

Boleh tak website agensi kerajaan memaparkan notis tender dan sebut harga?

Boleh, kami sediakan bahagian khas untuk notis tender, sebut harga dan iklan jawatan, lengkap dengan tarikh tutup dan dokumen PDF untuk dimuat turun. Pegawai yang bertugas boleh menerbitkan notis baharu sendiri melalui WordPress admin. Jika agensi memerlukan sistem pendaftaran atau penyerahan tender secara online, keperluan itu boleh dibincangkan semasa perbincangan skop projek.

Adakah laman web kerajaan perlu mesra orang kurang upaya?

Ya, laman web yang menjadi sumber maklumat awam sepatutnya boleh digunakan oleh semua orang, termasuk warga emas dan orang kurang upaya. Ini termasuk tulisan yang jelas, kontras warna yang cukup, teks alternatif pada gambar dan navigasi yang mudah. Jika agensi anda perlu mengikut garis panduan tertentu, kongsikan dokumen itu semasa perbincangan supaya kami dapat merancang reka bentuk.

Bagaimana proses bayaran untuk projek laman web GLC atau agensi?

Bayaran biasa kami ialah 50% deposit dan 50% selepas laman web siap. Harga bermula dari RM3,000 dan boleh mencecah RM100,000 untuk projek yang kompleks. Jika organisasi anda memerlukan sebut harga rasmi atau dokumen perolehan, maklumkan semasa perbincangan. Kami boleh berbincang melalui WhatsApp, Zoom atau di pejabat kami di Kota Bharu, Kelantan.

Siapa yang memegang akses laman web selepas projek siap?

Organisasi anda memegang akses penuh, termasuk WordPress admin, Plesk dan SFTP. Perkara ini penting untuk agensi kerana kawalan ke atas laman web rasmi kekal di tangan organisasi. Kami adakan sesi serahan melalui Zoom dan berikan manual PDF. Penyelenggaraan percuma diberikan selama 2 bulan, dan selepas itu boleh diteruskan melalui LamanWeb Support.

Langkah seterusnya

Mahu laman web untuk Sektor Kerajaan seperti ini?

Ceritakan keperluan anda & pasukan kami akan menghubungi anda.