Langkau ke kandungan

MoU antara Universiti Teknologi MARA & Web Impian Sdn Bhd

Pada 10 Januari 2022, Web Impian Sdn Bhd telah terpilih menjadi salah satu daripada enam syarikat yang bekerjasama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) melalui penandatanganan memorandum persefahaman (MOU). MOU ini bertujuan untuk mempromosikan pemahaman bersama dalam bidang akademik, budaya, pemikiran saintifik & pertukaran kakitangan. Majlis menandatangani MoU ini menunjukkan komitmen kedua-dua pihak dalam meningkatkan kerjasama & pembangunan bersama dalam bidang-bidang tersebut.

Sumber: Bahagian Komunikasi Korporat UiTM