Langkau ke kandungan

Senarai portfolio Agensi Perlancongan

Laman web untuk agensi pelancongan dan hotel

Bakal pelanggan agensi pelancongan mahu tahu butiran pakej sebelum mereka membuat keputusan, iaitu jadual perjalanan, harga, tarikh berlepas, apa yang termasuk dan apa yang tidak termasuk. Laman web yang menyusun maklumat ini dengan jelas mengurangkan soalan berulang di WhatsApp. Untuk agensi umrah, paparkan juga maklumat kursus, dokumen yang perlu disediakan dan nombor lesen agensi. Antara laman web yang kami bina dalam bidang ini: Hi-Fly Travel & Tours, TY Hotel dan Degayo Tour.

Setiap pakej sesuai dibina sebagai halaman sendiri dengan gambar, itinerari harian dan butang WhatsApp atau borang pertanyaan. Jika anda mahu pelanggan membayar deposit pakej secara online, kami boleh menggunakan WooCommerce dengan bayaran FPX dan kad kredit. Hotel dan homestay pula biasanya memerlukan halaman bilik, kemudahan seperti dewan, dan pakej hidangan. Sistem tempahan bilik dengan kalendar kekosongan, atau sambungan kepada platform tempahan luar, boleh dibincangkan semasa perbincangan.

Musim cuti dan musim umrah datang setiap tahun, jadi pakej dan harga di laman web perlu dikemas kini dengan kerap. Anda mendapat akses penuh ke WordPress admin untuk menukar harga, tarikh dan gambar sendiri. Jika anda tiada staf untuk kerja ini, LamanWeb Support boleh membantu. Lihat juga soalan lazim kami tentang proses projek.

Soalan lazim

Apa yang patut ada dalam website agensi umrah dan pelancongan?

Website agensi perlu ada senarai pakej dengan harga, tarikh berlepas, itinerari dan apa yang termasuk dalam harga. Paparkan juga nombor lesen agensi, alamat pejabat, gambar trip sebenar dan cara mudah untuk bertanya melalui WhatsApp. Untuk pakej umrah, maklumat kursus dan senarai dokumen yang perlu disediakan membantu jemaah membuat persediaan awal.

Boleh tak pelanggan bayar deposit pakej secara online?

Boleh, kami boleh menyediakan pembayaran deposit melalui WooCommerce dengan FPX dan kad kredit menerusi payment gateway seperti Bayarcash. Setiap bayaran direkodkan sebagai pesanan dalam WordPress admin, lengkap dengan butiran pelanggan. Baki bayaran pakej boleh diuruskan seperti biasa oleh staf anda, atau aliran bayaran yang lain boleh dibincangkan semasa perbincangan.

Boleh tak website hotel ada sistem tempahan bilik?

Ya, tetapi bentuknya bergantung kepada cara hotel anda menguruskan tempahan, dan butirannya boleh dibincangkan semasa perbincangan. Pilihan paling ringkas ialah borang tempahan atau butang WhatsApp, dan staf anda mengesahkan kekosongan bilik secara manual. Jika anda sudah menggunakan platform tempahan luar, kami boleh berbincang tentang cara memautkannya ke laman web anda.

Berapa lama masa untuk siapkan website pelancongan?

Biasanya 2 hingga 3 minggu dari tarikh deposit, dengan bayaran 50% deposit dan 50% selepas siap. Tempoh ini bergantung kepada kesediaan maklumat pakej, gambar dan teks. Harga bermula dari RM3,000. Domain dan hosting percuma untuk tahun pertama, dan kami berikan penyelenggaraan percuma selama 2 bulan selepas laman web siap.

Langkah seterusnya

Mahu laman web untuk Agensi Perlancongan seperti ini?

Ceritakan keperluan anda & pasukan kami akan menghubungi anda.