Langkau ke kandungan

Laman web NGO dan persatuan: profil, ahli dan aktiviti

Orang ramai, penderma dan rakan kerjasama biasanya menyemak laman web sesebuah pertubuhan sebelum mereka menyertai atau menyokongnya. Laman web NGO atau persatuan perlu menerangkan latar belakang, visi, nombor pendaftaran dan barisan jawatankuasa dengan jelas. Maklumat hubungan, alamat pejabat dan pautan media sosial yang aktif juga menunjukkan bahawa organisasi anda wujud dan boleh dihubungi.

Bahagian aktiviti dan berita membantu pertubuhan menunjukkan kerja di lapangan, sama ada program kemasyarakatan, misi kemanusiaan atau mesyuarat agung. Galeri gambar dan laporan ringkas boleh dikemas kini sendiri oleh pengurus melalui WordPress. Untuk keahlian, borang pendaftaran ahli atau sukarelawan boleh dibina supaya maklumat masuk terus ke e-mel urus setia. Keperluan lain seperti portal ahli atau sistem yuran tahunan boleh dibincangkan semasa sesi perbincangan. Jika pertubuhan anda juga mengumpul derma, kami boleh menambah borang sumbangan dengan GiveWP.

Antara laman web yang kami bina untuk pertubuhan: ACTIM, Muslim Volunteer Malaysia (MVM) dan Global Peace Mission Malaysia (GPM). Harga bermula dari RM3,000, dan laman web siap dalam 2 hingga 3 minggu dari tarikh deposit. Domain dan hosting percuma untuk tahun pertama. Selepas 2 bulan penyelenggaraan percuma, anda boleh memilih pelan LamanWeb Support supaya laman web kekal dikemas kini walaupun jawatankuasa bertukar.

Soalan lazim

Apa maklumat yang perlu ada di laman web persatuan?

Laman web persatuan perlu ada profil organisasi, visi dan misi, nombor pendaftaran, senarai jawatankuasa dan maklumat hubungan. Tambah juga halaman aktiviti atau berita supaya orang ramai nampak program terkini. Jika persatuan menerima ahli baharu, sediakan syarat keahlian dan borang pendaftaran dalam talian supaya proses permohonan lebih mudah untuk semua pihak.

Bolehkah ahli baharu mendaftar melalui laman web persatuan?

Ya, kami boleh membina borang pendaftaran ahli atau sukarelawan di laman web anda. Maklumat pemohon masuk terus ke e-mel urus setia untuk disemak. Jika persatuan perlukan bayaran yuran semasa pendaftaran, bayaran FPX atau kad kredit boleh disambungkan melalui payment gateway. Keperluan yang lebih khusus, seperti portal ahli dengan log masuk, boleh dibincangkan dahulu.

Siapa yang akan mengurus laman web selepas jawatankuasa bertukar?

Laman web kekal milik pertubuhan, jadi jawatankuasa baharu boleh terus mengurusnya. Kami memberikan akses penuh termasuk WordPress admin, Plesk dan SFTP, bersama manual PDF dan sesi serahan melalui Zoom. Simpan akses ini dalam rekod rasmi pertubuhan. Untuk kerja teknikal dan kemas kini berkala, anda boleh melanggan LamanWeb Support secara sekali, bulanan atau tahunan.

Berapa kos laman web untuk NGO kecil?

Kos laman web NGO bersama LamanWeb bermula dari RM3,000, termasuk domain dan hosting percuma untuk tahun pertama. Harga akhir bergantung pada bilangan halaman dan fungsi seperti borang ahli atau derma online. Bayaran dibuat 50% sebagai deposit dan 50% selepas laman web siap. Kami boleh berbincang melalui WhatsApp, Zoom atau di pejabat kami.

Langkah seterusnya

Mahu laman web untuk NGO & Persatuan seperti ini?

Ceritakan keperluan anda & pasukan kami akan menghubungi anda.