Kami berbesar hati untuk bangunkan sebuah laman korporat bagi Bahagian Dakwah Halaqat Negeri Kelantan.
Selain untuk menguatkan nama sebagai badan dakwah utama negeri tersebut, organisasi ini telah menyertakan latar belakang yang lengkap di laman profil untuk rujukan umum.
Team kami juga turut menyediakan laman ‘Program Akan Datang’ sebagai ruang hebahan bagi aktiviti yang bakal dilangsungkan oleh organisasi ini.
Pada masa yang sama, orang ramai boleh semak perkembangan terkini Bahagian Dakwah Halaqat Negeri Kelantan menerusi Buletin Halaqat.
Di samping itu, portal Halaqat turut menawarkan kemudahan kepada warga Kelantan untuk mencari guru Al-Quran.
Pengguna hanya perlu klik Direktori Guru Al-Quran dan pilih Pengkhususan, Parlimen dan DUN mengikut kawasan masing-masing.