Berpengalaman selama lebih 10 tahun dalam industri, SifuBad adalah satu nama yang tidak asing lagi dalam bidang strategi pemasaran dan penjenamaan.
Bagi memacu brand awareness dan menguatkan reputasi SifuBad sebagai strategy guru terunggul, team kami telah ditugaskan untuk membina sebuah laman korporat.
Laman utama website ini telah dilengkapi dengan sebuah video yang menceritakan perjuangan SifuBad dalam mengubah nasib ribuan individu menjadi usahawan berstatus jutawan.
Perkongsian video di laman utama ini bukan sahaja satu usaha baik untuk menangi hati pelanggan, malah ia turut menyemarakkan semangat orang ramai untuk jadi usahawan berjaya.
Selain menawarkan pakej latihan bisnes, SifuBad turut memanfaatkan website ini untuk berkongsi artikel, kisah kejayaan serta tips perniagaan di laman blog.
SifuBad juga telah menugaskan team kami untuk highlight laman media sosial mereka di main page memandangkan mereka juga sangat aktif berkongsi perkembangan di platform tersebut.