Hasbul Brothers telah membantu ribuan usahawan tempatan untuk tingkatkan potensi bisnes dan lancarkan pemasaran dengan lebih berkesan.
Team kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Hasbul Brothers membangunkan website corporate yang dapat membantu mereka menyebarkan manfaat kepada usahawan-usahawan di luar sana.
Antara elemen yang menjadi tarikan pada laman utama adalah paparan imej pengasas bersama pernyataan masalah serta solusi mantap yang ditawarkan oleh Hasbul Brothers.
Bagi pelanggan yang berminat untuk menyertai seminar atau dapatkan bantuan daripada dua beradik ini, mereka boleh terus klik butang CTA untuk mendaftar atau tinggalkan butiran di ruangan yang disediakan di Home Page.
Pada masa yang sama, Hasbul Brothers turut berkongsi kepakaran mereka dalam bidang rundingan bisnes dan pembinaan jenama menerusi laman blog.
Selain dapat menyerlahkan reputasi dan sisi profesional, perkongsian berharga ini sekaligus menjadi satu lagi tarikan penting buat Hasbul Brothers sebagai pembimbing usahawan yang terkenal.
Pelbagai kisah kejayaan dalam bentuk pautan Youtube turut dikongsikan di Home Page serta laman Success Story bagi membina kepercayaan pelanggan terhadap kewibawaan Hasbul Brothers dalam membantu para usahawan.
Selain Youtube Hasbul Brothers juga telah menugaskan team kami untuk meletakkan pautan ke social media seperti Facebook, Instagram dan X supaya pelanggan yang boleh dapatkan perkembangan lanjut mengenai Hasbul Brothers dengan lebih mudah.
Ini juga sekaligus merupakan salah satu strategi mereka dalam meningkatkan Brand Awareness dalam kalangan pengunjung website.