Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Ibu Hanim, salah satu perunding bisnes terkenal di Malaysia dan telah membantu ribuan usahawan untuk capai kejayaan dalam perniagaan.
Bagi meningkatkan brand awareness serta reputasi Annems Leadership dalam industri, kami telah ditugaskan untuk membangunkan sebuah laman web korporat.
Selain padat dengan informasi berkaitan latar belakang syarikat serta program rundingan bisnes, laman utama turut memaparkan Montage berbentuk pautan video Youtube bagi menyerlahkan sisi profesional Annems Leadership.
Ini juga penting bagi membina kepercayaan terhadap usahawan yang ingin menyertai program keusahawanan bersama Ibu Hanim.
Programme timeline juga diletakkan di laman utama bagi memberikan gambaran ringkas tentang program rundingan yang ditawarkan.
Ibu Hanim turut memanfaatkan laman web korporat ini untuk berkongsi testimonial dalam bentuk video bagi meningkat kepercayaan dan kredibiliti kepada pelanggan.
Sesuai dengan permintaan, team kami juga menyediakan laman blog sebagai platform buat Annems Leadership untuk berkongsi kepakaran berkaitan kepimpinan serta pembangunan bisnes.