Kami telah diberikan kepercayaan oleh Simplysiti untuk membangunkan sebuah Landing Page.
Memfokuskan rangkaian produk terbaharu mereka iaitu Simplysiti For All, landing page ini bertujuan untuk menyerlahkan ciri-ciri produk yang meraikan kepelbagaian tona kulit dalam kalangan wanita tempatan.
Imej serta penjelasan mengenai setiap produk turut disertakan untuk makluman pelanggan. Butang imej dengan pautan serta butang CTA juga disediakan bagi memudahkan pelanggan memiliki produk yang sesuai dengan citarasa mereka.
Team kami turut menyertakan pautan ke website utama bagi pelanggan yang ingin mengenali rangkaian produk Simplysiti dengan lebih lanjut.