Diasaskan sejak tahun 2015, SugarBomb bermatlamat untuk menjadi peneraju industri minyak wangi bertaraf antarabangsa dengan menawarkan produk wangian berkualiti tinggi pada harga mampu milik.
Mungkin ada yang tak tahu yang Sugarbomb bukan sahaja menawarkan aneka jenis perfume, malah terdapat juga produk lain seperti air freshener, aromatic diffuser dan pewangi fabrik.
Jadi, bila ada website e-commerce sendiri, barulah sesebuah bisnes dapat memperkenalkan rangkaian produk yang ada dan jalankan promosi dengan lebih berkesan.
Bagi memudahkan pelanggan memilih wangian daripada Sugarbomb, website ini dilengkapi dengan laman mengikut kategori produk.
Bagi memudahkan pelanggan memiliki wangian yang sesuai dengan cita rasa, setiap produk juga dilengkapi dengan penjelasan mengenai gabungan haruman iaitu Top Note, Middle Note dan Base Note.
Laman web ini turut menawarkan butiran dan platform untuk mendaftar bagi orang ramai yang berminat untuk menjadi dropship, stokis atau ejen bagi jenama ini.