Menawarkan pelbagai rangkaian hijab, Hook Scarf berhasrat untuk mengembangkan lagi jenama mereka dengan membina sebuah website e-commerce.
Selain memberi kemudahan capaian kepada pelanggan, laman e-commerce juga mampu memberi kebebasan sepenuhnya kepada pemilik bisnes untuk uruskan perniagaan.
Bagi membantu pelanggan mengenalpasti lokasi butik dengan mudah, laman web ini turut disertakan Google Maps.
Pada masa yang sama, pautan ke laman sosial Facebook Page turut disertakan untuk mendorong engagement daripada pelanggan. Tambahan pula, Hook Scarf nyata cukup terkenal di media sosial.
Bagi pelanggan yang tidak ingin terlepas tawaran atau perkembangan terbaharu daripada Hook Scarf, mereka juga boleh klik pada butang Subscription yang tertera di laman web.
Ini juga merupakan salah satu strategi pemasaran Hook Scarf dalam mengekalkan hubungan bersama pelanggan.