Johan Jaya berimpian untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka sebagai pembekal utama barangan hospital bagi kegunaan klinik dan konsumer.
Jadi, team kami telah ditugaskan oleh jenama ini untuk membangunkan sebuah website e-commerce.
Dengan adanya laman web sendiri, Johan Jaya dapat memaparkan produk dengan lebih baik secara online menerusi katalog. Pelanggan juga lebih senang untuk cari produk dan kelengkapan perubatan yang mereka inginkan.
Bagi pelanggan yang tidak biasa membeli barangan perubatan, mereka mungkin keliru untuk membuat pilihan.
Jadi, bagi membantu pelanggan mendapatkan produk dan kelengkapan yang tepat, katalog online di laman web Johan Jaya juga dilengkapi dengan keterangan dan butiran lengkap.
Proses pembayaran pelanggan di website juga lebih terjamin dengan penggunaan sistem payment Gateway Bayarcash untuk urusan transaksi yang serta merta dan selamat.