Kami berbesar hati untuk membangunkan sebuah landing page khas untuk rangkaian JRM Holistik (Jamu Ratu Malaya) iaitu JRM Holistik Terengganu.
Tujuan utama bagi landing page ini adalah untuk berkongsikan perkembangan terkini mengenai aktiviti JRM di negeri tersebut.
Dengan adanya laman ini, orang ramai boleh mendaftar program ekslusif JRM secara atas talian. Butiran mengenai program turut dikongsikan untuk menarik penyertaan orang ramai.
Selain berkongsikan latar belakang syarikat, laman ini juga menjadi platform untuk JRM Terengganu berkongsikan aktiviti terkini yang melibatkan ahli stokis dan pengedar.
Pada masa yang sama, pengunjung landing page ini juga boleh merujuk informasi lengkap mengenai lokasi stokis serta pengedar berdaftar di Terengganu.