Menawarkan lebih daripada 500 jenama gadget, Monaliza merupakan syarikat pembekal aksesori komputer, telefon pintar dan pelbagai kelengkapan IT yang terkenal di Kelantan.
Seperti yang kita tahu, gadget ni ada macam-macam jenama dan harga, bukan? Jadi untuk bantu pelanggan dapatkan kelengkapan IT yang sesuai dengan bajet, kami telah bantu Monaliza untuk paparkan produk mengikut kategori harga dan jenama.
Pelanggan juga nampaknya cukup gemar membeli belah di laman web ini bukan saja disebabkan ada banyak promosi dan kupon istimewa, malah mereka juga mempunyai pilihan fleksibel dari segi pembayaran dan perkhidmatan pos.
Tambahan pula, jarang-jarang ada kedai komputer yang rajin buat tawaran mingguan dan promosi diskaun di laman web sendiri.
Lebih menarik lagi, pembelian melalui website ini juga membolehkan pelanggan yang berada di Kota Bharu untuk mendapatkan produk kurang daripada 24 jam setelah dipesan!