Dipercayai oleh lebih 100 organisasi di Malaysia, Hit Digital komited dalam menawarkan servis digital marketing untuk pemilik bisnes, badan NGO dan institusi pendidikan di Malaysia.
Sesuai dengan permintaan, team Laman Web telah ditugaskan untuk membangunkan satu website korporat yang memfokuskan kepelbagaian servis yang ditawarkan oleh Hit Digital.
Pelanggan dapat mengenali Hit Digital dengan lebih dekat menerusi navigasi ringkas yang disediakan di laman utama.
Bagi mendapatkan kepercayaan pelanggan, team kami turut membantu Hit Digital untuk highlight pencapaian mereka menerusi paparan visual dan warna yang menarik.
Hit Digital turut memanfaatkan website ini untuk berkongsi kepakaran mereka menerusi laman Insights.
Di laman tersebut, pengguna boleh membaca perkongsian dan informasi penting mengenai bisnes dan pemasaran digital.
Sekiranya pelangggan berminat untuk bekerjasama dengan Hit Digital, mereka boleh mendapatkan butiran syarikat di bahagian bawah laman utama bersama pautan ke sosial media.
Ini juga merupakan salah satu strategi Hit Digital untuk tingkatkan brand awareness.