MBI Modal Sdn Bhd merupakan syarikat pelaburan milik badan kerajaan Terengganu yang memfokuskan pembangunan serta pentadbiran aset khususnya di negeri tersebut.
Dengan kepakaran yang team Laman Web tawarkan, MBI Modal telah meminta bantuan kami untuk membangunkan sebuah website korporat bagi menumpukan peranan mereka dalam sektor pelaburan negeri Terengganu.
Laman web ini dibangunkan dengan rekaan serba ringkas bagi menyerlahkan sisi profesional syarikat ini.
Untuk meningkatkan kepercayaan pelanggan, laman korporat ini turut memaparkan senarai syarikat yang pernah bekerjasama dengan MBI Modal.
Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat mengenai MBI Modal dengan lebih terperinci menerusi laman Corporate. Latar belakang, misi, visi serta barisan lembaga pengarah turut disertakan untuk rujukan pengunjung web.
Pada masa yang sama, MBI Modal turut memanfaatkan website ini untuk berkongsikan aktiviti serta perkembangan terkini syarikat menerusi laman ‘News & Events’.
Pengunjung web yang mempunyai pertanyaan boleh ke laman ‘Contact’ dan tinggalkan butiran di borang yang disediakan. Mereka juga boleh terus hubungi MBI Modal menerusi nombor telefon serta alamat emel yang tertera.