PKPK atau Persatuan Kontraktor Perumahan Negeri Kelantan ditubuhkan bagi sebagai ‘One Stop Agency’ bagi semua pemilik syarikat kontraktor perumahan di negeri tersebut.
Team kami telah ditugaskan oleh PKPK untuk revamp website corporate supaya ahli persatuan dapat menyelaras aktiviti dan berkongsi maklumat berkaitan bidang pembinaan dengan lebih efektif.
Seperti website e-commerce, laman corporate juga perlukan penambahbaikan dari semasa ke semasa agar dapat menawarkan fungsi yang relevan dengan hala tuju persatuan.
Website ini juga dikemaskini dengan struktur yang lebih dinamik agar ahli boleh menguruskan kandungan tanpa sebarang masalah.
Bagi memudahkan ahli update maklumat, website ini turut ditambah dengan ciri custom post type supaya laman tertentu iaitu Kursus, Ahli, Galeri dan Tukang mempunyai fungsi khas.
Tak hanya itu, malah team website kami juga membantu PKPK untuk uruskan akses bagi laman tukang terhad kepada ahli berdaftar sahaja.
Dengan adanya laman web dengan flow yang lancar dan design yang lebih segar, barulah organisasi anda dapat berkembang sesuai dengan matlamat.