Berpangkalan di Kuala Lumpur, Vibrance merupakan sebuah pusat rawatan pakar terutamanya untuk wanita dan lelaki yang mempunyai masalah kesihatan pelvis.
Pusat rawatan ini telah meminta bantuan kami untuk membina sebuah website corporate untuk meningkatkan awareness mengenai perkhidmatan rawatan yang ditawarkan.
Ini sesuai dengan matlamat Vibrance yang ingin menjadikan masyarakat lebih peka terhadap masalah kesihatan pelvis.
Salah satu masalah pelvis yang sering dialami para wanita iaitu ‘Incontinence’ telah dijadikan sebagai salah satu highlight dalam website.
Di samping memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai masalah kesihatan ini, Vibrance turut berkongsikan feedback daripada pelanggan yang berpuas hati dengan solusi kesihatan yang diterima.
Di laman ‘Pelvic Health Treatments’ team kami turut menyediakan borang atas talian bagi memudahkan pelanggan membuat temujanji rawatan.
Selain itu, team kami juga telah menyediakan feature ‘About Us’ di homepage yang merangkumi maklumat syarikat serta aktiviti Vibrance bagi memupuk kepercayaan pelanggan.