Bermula dengan minat dan impian untuk menerokai industri wangian tempatan, De’xandra berjaya membangunkan sebuah empayar dan muncul sebagai jenama haruman yang tidak asing lagi di Malaysia.
Team kami telah ditugaskan untuk menghasilkan sebuah website corporate yang mampu mengembangkan lagi De’Xandra sebagai jenama wangian terkemuka.
Mungkin ramai yang tidak tahu, De’Xandra bukan sahaja menawarkan pelbagai variasi wangian badan, tetapi mereka juga menawarkan body mist dan air freshener.
Tidak hanya memfokuskan kepada koleksi wangian, malah De’Xandra juga telah memanfaatkan website ini untuk berkongsi kepakaran mereka mengenai wangian pada laman blog.
Pada masa yang sama, laman web ini turut menyediakan ruang pendaftaran kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi reseller.