Fresna ialah sebuah jenama yang menjual supplemen dan snek berkhasiat bersesuaian dengan ibu mengandung serta untuk seisi keluarga.
Bagi mengukuhkan lagi jenamanya, kami ditugaskan untuk membina sebuah website e-commerce yang mempunyai ciri-ciri user friendly.
Dilengkapi dengan harga, gambar dan detail produk, Fresna memastikan pelanggan mendapat suasana membeli-belah yang selesa.
Selain memudahkan pelanggan untuk membeli produk mereka, Fresna juga memanfaatkan website ini dengan memasukkan ruangan blog untuk berkongsi artikel, tips dan cerita dengan para pelanggan.
Pada masa yang sama, laman web ini turut menyediakan ruang pendaftaran kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi agen untuk menjana pendapatan bersama.