Siapa yang tak kenal dengan Nasken Coffee? Menjadi kebanggaan orang Pantai Timur, Nasken Coffee juga tak ketinggalan untuk bina website dengan kami untuk kuatkan lagi branding mereka.
Mungkin ada yang belum tahu yang Nasken Coffee bukan saja menyajikan minuman kopi yang kaw, tetapi macam-macam menu yang mereka tawarkan seperti hidangan Western dan variasi pemanis mulut yang sedap-sedap belaka. Sebab itulah penting untuk bisnes bina website sendiri supaya brand dan product awareness lebih mantap!
Selain memaparkan senarai menu, website ni juga dilengkapi dengan senarai cawangan Nasken Coffee yang terkini untuk rujukan pelanggan. Lepas dah tengok menu, pelanggan juga boleh terus pesan di website. Nak tinggalkan review atau feedback pun boleh. Simple sangat!