Sejak tahun 2013, Shuhana Concept telah menjadi satu jenama koleksi pakaian berkualiti tinggi kegemaran ramai rakyat Malaysia.
Team kami telah membantu Shuhana Concept untuk membangunkan sebuah laman e-commerce dengan navigasi yang ringkas bagi memudahkan pelanggan membeli secara atas talian.
Layout website yang bercirikan mesra pelanggan juga telah memudahkan jenama ini untuk memaparkan produk utama di Home Page dengan lebih mudah.
Pada masa yang sama, pelanggan juga boleh mencari produk dan membuat perbandingan harga dengan lancar di bahagian laman utama apabila semuanya telah dibahagikan mengikut kategori.
Selain membuat urusan jual beli di website ini, pautan ke Shopee turut disertakan agar pelanggan lebih bebas untuk membuat pembelian di pelbagai platform atas talian.