Komited dalam membekalkan peralatan pertahanan dan jentera berat, Rieq Tech telah membuktikan kepakaran mereka untuk terus kekal beroperasi dalam industri sejak tahun 2017.
Team website kami telah membantu Rieq Tech untuk membangunkan sebuah laman web dengan layout yang minimalis dan sesuai dengan identiti jenama.
Selain untuk meningkatkan brand awareness, laman korporat ini turut dibangunkan bagi memberi kesedaran kepada pengguna terhadap industri bekalan jentera berat dan peralatan keselamatan.
Rieq Tech juga memanfaatkan website ini untuk berkongsi informasi tentang latar belakang syarikat di laman About Us serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan di laman Services.
Dengan copywriting yang jelas dan mudah difahami, pelanggan sudah tentu akan lebih yakin untuk bekerjasama dengan Rieq Tech.
Pelanggan juga boleh terus berhubung dengan Rieq Tech menerusi nombor telefon dan alamat emel yang tersedia di bahagian bawah laman utama.