Global Peace Mission (GPM) Malaysia adalah badan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan aktiviti misi bantuan kemanusiaan bagi meringankan beban mangsa-mangsa yang terlibat dengan bencana, kemiskinan dan peperangan.
Dipercayai lebih 10,000 peserta, GPM Malaysia turut melaksakanan program qurban di 21 buah negara.
Bagi menguruskan penyertaan qurban, GPM Malaysia telah meminta team kami untuk membangunkan sebuah website khas bagi tujuan tersebut.
Setiap kempen turut disertakan dengan butang CTA untuk mendorong pelanggan mendaftar dan membuat pembayaran secara atas talian.
Untuk meningkatkan keyakinan pelanggan, kami juga membantu GPM Malaysia untuk memaparkan testimoni peserta serta imej aktiviti dan penyerahan daging qurban di laman utama.
Pada masa yang sama, laman web ini turut menekankan kelebihan qurban bersama GPM Malaysia bagi meningkatkan reputasi mereka sebagai NGO yang dipercayai.
Bagi pengunjung yang ingin mendaftar qurban buat pertama kali, mereka boleh merujuk kepada Langkah Pendaftaran dan senarai Soalan Lazim yang disediakan di bahagian bawah laman web.