Dengan tagline “Hulurkan bantuan untuk kami, Ukirkan senyuman di wajah anak-anak yatim ini” Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim (PEKAYATIM) merupakan sebuah NGO yang komited untuk memberi kehidupan yang lebih baik buat anak-anak yatim.
Team kami telah ditugaskan untuk membangunkan sebuah website corporate untuk menceritakan latar belakang dan servis yang ditawarkan oleh PEKAYATIM.
Reka bentuk profesional dan teratur di laman web telah berjaya membantu PEKAYATIM membina kredibiliti serta meningkatkan kepercayaan orang ramai.
Pada masa yang sama, team kami juga menyediakan ruangan ‘Tentang Kami’ bagi memudahkan orang ramai mendapatkan informasi penting mengenai organisasi ini.
Pekayatim mengambil langkah proaktif untuk memanfaatkan website dengan meminta team kami memasukkan ruangan ‘Aktiviti’ dan ‘Galeri’.
Ini bagi membolehkan NGO yang berasal dari Kelantan ini untuk berkongsi perkembangan dan aktiviti menarik dari semasa ke semasa.
Selain itu, website ini turut dilengkapi dengan butang call-to-action (CTA) ‘Sumbangan’ bagi memudahkan orang ramai menyalurkan sumbangan secara atas talian.