Alpha Active merupakan sebuah syarikat OEM yang menghasilkan produk makanan, makanan tambahan, supplement dan herba tradisional.
Team kami telah diberi kepercayaan oleh Alpha Active untuk membangunkan sebuah website korporat yang berfokuskan kepada servis yang ditawarkan sebagai sebuah kilang pengeluaran produk makanan.
Konsep laman utama website ini adalah bercirikan user-friendly dengan navigasi yang ringkas.
Pelanggan yang ingin kenali syarikat Alpha Active dengan lebih lanjut boleh klik pada butang About Us yang disediakan di bahagian atas laman utama.
Paparan produk dan servis yang ditawarkan juga disusun secara menarik serta mudah difahami bagi memudahkan pelanggan membuat pilihan.
Untuk mendapatkan kepercayaan penuh dari pelanggan, paparan Certification turut disertakan bagi menyerlahkan kredibiliti Alpha Active sebagai syarikat OEM yang dipercayai.