Ditubuhkan sejak 2015, Nurraysa merupakan peneraju kosmetik mesra wudhu yang terkemuka di Malaysia.
Nurraysa ingin bangunkan sebuah website e-commerce agar ramai lagi yang tahu aneka produk yang ditawarkan.
Bila sebut tentang Nurraysa, pasti ramai yang menganggap jenama ini hanya menjual kosmetik dan skincare sahaja. Sebenarnya mereka ada banyak produk lagi seperti supplemen, rendang daging dendeng dan susu kambing.
Pada masa yang sama, mereka juga bebas untuk tawarkan promosi dan diskaun istimewa buat pelanggan.
Website ini juga menjadi platform untuk Nurraysa mengajak orang ramai menjana pendapatan sebagai dropship.