Koleksi fabrik dari Naili yang menarik dan berkualiti tinggi sentiasa menjadi pilihan ramai pelanggan.
Team kami telah membantu Naili untuk revamp laman e-commerce sedia ada agar mereka dapat menjual serta mempromosikan produk serta perkhidmatan dengan lebih teratur dan berkesan secara atas talian.
Untuk tingkatkan kepercayaan pelanggan, Naili turut berkongsi testimoni gambar untuk tatapan pelanggan.
Ini secara tidak langsung boleh memberikan inspirasi kepada pelanggan khususnya bagi yang ingin membuat tempahan dalam jumlah yang banyak.
Dengan adanya laman web sendiri, Naili juga dapat menawarkan mata ganjaran kepada pelanggan yang mendaftar sebagai ahli.
Pada masa yang sama, pelanggan yang berminat untuk jana pendapatan bersama Naili juga boleh mendaftar sebagai dropship di laman web ini.
Selain membantu Naili untuk pautkan channel Youtube mereka di laman web ini, pelanggan yang berminat untuk dapatkan promosi serta ketahui perkembangan terkini mengenai jenama ini boleh klik pada pautan media sosial yang disediakan di bahagian bawah laman utama.