Kami telah diberi kepercayaan oleh Global Peace Malaysia untuk membangunkan sebuah website bagi menguruskan kempen derma.
Global Peace Mission (GPM) Malaysia adalah badan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan aktiviti misi bantuan kemanusiaan bagi meringankan beban mangsa-mangsa yang terlibat dengan bencana, kemiskinan dan peperangan.
Antara highlight utama bagi laman web ini adalah kempen yang dibahagikan mengikut kategori seperti Sumbangan Pilihan Harian, Sumbangan One-Off, Tabung Bantuan Negara Pilihan dan Tabung Bantuan Dalam Malaysia.
Ini telah memudahkan pengunjung untuk ketahui program kebajikan yang sedang dijalankan oleh organisasi ini.
Selain itu, GPM turut memanfaatkan website ini untuk berkongsikan perkembangan organisasi menerusi laman ‘Galeri’ dan ‘Projek Kami’.
Ini juga merupakan salah satu strategi GPM untuk meningkatkan reputasi sebagai NGO yang dipercayai ramai.
Pada masa yang sama, setiap kempen turut disertakan bersama tempoh, target sasaran dan peratusan dana terkumpul untuk makluman penderma.
Di samping sumbangan secara one-off, laman web ini turut menekankan kemudahan infak secara bulanan serendah RM 10.
Kami turut membantu GPM untuk menyediakan butang CTA ‘Jom Sedekah’ seperti yang tertera di bahagian atas laman web bagi mendorong sumbangan secara atas talian.