Degayo Tour menawarkan pengalaman luar biasa buat penggemar kopi iaitu pakej jelajah ladang kopi serta peluang melihat sendiri proses pembuatan kopi Degayo iaitu jenama kopi yang unik dari daerah Acheh.
Bagi meningkatkan brand awareness, team kami telah ditugaskan oleh syarikat ini untuk membangunkan sebuah website.
Laman web ini menawarkan maklumat lengkap bagi latar belakang serta sejarah kopi Degayo untuk makluman pelanggan.
Pada masa yang sama, pelanggan juga boleh menyemak butiran pakej jelajah yang disediakan di ruangan Our Products dan membuat tempahan secara terus di laman web ini.
Bukan itu sahaja, malah website ini turut dilengkapi dengan informasi buat pengembara yang ingin ke Takengon, iaitu kawasan perusahaan kopi Degayo sama ada melalui kapal terbang, bas, mahupun kereta secara terperinci di laman ‘To Get There’.
Sebagai jenama kopi yang sudah diwarisi selama beberapa generasi, Degayo Coffee turut berkongsi kepakaran dalam dunia kopi serta perkembangan terkini mereka menerusi laman News & Promotions.
Buat pelanggan yang ingin mendapat maklumat lanjut atau ingin berhubung dengan Degayo Tour, mereka boleh tinggalkan butiran di ruangan ‘Contact Us’ atau hubungi Degayo Tour menerusi alamat emel serta nombor telefon yang disediakan.