Cinta Syria Malaysia (CSM) merupakan sebuah NGO yang memfokuskan usaha kebajikan serta memperjuangkan isu pendidikan bagi warga Syria.
Bagi melancarkan urusan sumbangan secara atas talian, team kami telah membangunkan sebuah website khas bagi tujuan tersebut.
Antara fokus utama dalam website ini adalah mengenai salah satu inisiatif besar CSM iaitu Sekolah CSM.
Sebuah laman khas telah dibangunkan bagi menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai program ini.
Penderma juga boleh membuat sumbangan dengan lebih mudah menerusi kempen yang disusun mengikut kategori iaitu pendidikan, kebajikan dan bantuan kecemasan.
Lengkap dengan poster bagi setiap kempen, orang ramai boleh merujuk kepada jumlah terkumpul yang dikemaskini menerusi paparan bar peratusan derma.
Penderma juga boleh terus klik pada butang Call-To-Action (CTA) yang disediakan untuk lakukan sumbangan menerusi website.
Pada masa yang sama, laman web ini turut menyediakan kemudahan caruman bulanan kepada penderma yang ingin membuat sumbangan secara konsisten setiap bulan.
Penderma yang ingin ketahui perkembangan CSM dengan lebih lanjut juga boleh klik pada pautan media sosial di bahagian bawah atau tinggalkan butiran untuk mendaftar newsletter.