Beroperasi sejak 1995, MAZS Sdn Bhd merupakan pembekal perkhidmatan bagi logistik, rekaan, pembangunan dan penyelenggaraan sistem telekomunikasi, kereta api dan automotif.
Syarikat ini telah menugaskan team kami untuk membangunkan sebuah laman korporat untuk meningkatkan brand awareness secara atas talian.
Antara highlight utama yang ditekankan dalam website ini adalah latar belakang MAZS Sdn Bhd serta jenis perkhidmatan yang ditawarkan.
Dengan pengalaman hampir 30 tahun dalam industri, syarikat ini turut memanfaatkan laman web mereka untuk berkongsikan hasil kerja atau projek yang telah berjaya dilaksanakan.
Ini juga merupakan salah satu strategi MAZS Sdn Bhd dalam meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan mereka.
Laman korporat ini juga telah memudahkan pelanggan untuk terus berhubung dengan pihak MAZS Sdn Bhd. Pengunjung web boleh terus klik pada butang ‘Get Support’ atau hubungi syarikat ini menerusi butiran yang tertera di laman utama.