Sobella Cosmetics ialah jenama kosmetik tempatan yang tidak asing lagi. Meskipun baru bertapak selama 3 tahun dalam industri, Sobella telah membantu lebih 6,000 wanita menjana pendapatan lumayan dengan menyertai Sobella Squad.
Bagi meningkatkan lagi potensi jualan secara online, team kami ditugaskan untuk membuat website e-commerce. Ini sekaligus dapat memudahkan pelanggan untuk membeli dan melihat produk Sobella secara atas talian.
Untuk menawarkan pengalaman beli-belah yang baik, website ini dilengkapi dengan ciri wishlist. Ciri ini sekaligus membolehkan pelanggan menjejaki barangan yang mereka minati dan membelinya dengan mudah pada masa akan datang.
Ciri ‘Trending Now’ pula dijadikan highlight di laman web agar lebih ramai pelanggan tahu rangkaian produk yang menjadi kegemaran penggemar setia Sobella.