Bermula daripada rasa minat terhadap snek berasaskan dari kekacang, terlahirlah Wanys Food iaitu satu jenama kudapan yang tak asing lagi di Malaysia.
Wanys Food telah meminta bantuan kami untuk membina satu corporate website yang memfokuskan kepada penubuhan entiti syarikat mereka dan meningkatkan brand awareness.
Pada masa yang sama, mereka juga mahu mengajak orang ramai untuk kenali jenama Wanys Food secara lebih dekat.
Untuk mencapai matlamat ini, team kami telah menyediakan laman ‘Tentang Kami’ di home page yang menceritakan sejarah dan asal usul penubuhan Wanys Food sehingga mampu berkembang kepada 8,000 outlet di seluruh Malaysia.
Atas permintaan daripada pihak Wanys Food, feature ‘Add To Cart’ turut diperkenalkan bagi membolehkan orang ramai terus membeli produk Ready-To-Eat di laman web.