Dari USA terus ke Malaysia, Shipmira merupakan sebuah jenama yang menawarkan servis Personal Shopper bagi barangan mewah kepada orang ramai seperti Michael Kors, Fossil dan Coach.
Kami juga berbesar hati kerana website ini telah dinobatkan sebagai salah satu pemenang Sites of The Month bagi kategori E-commerce, di Malaysia Website Awards Ceremony 2022 anjuran Exabytes.
Bagi merealisasikan minat mereka yang ingin memiliki barangan mewah ‘original’ dari USA, Shipmira telah meminta bantuan team kami untuk membangunkan satu website e-commerce yang mengumpulkan pelbagai pilihan jenama.
Website Shipmira dilengkapi dengan 4 ciri utama bagi menarik pelanggan iaitu penghantaran global, jenama dijamin 100% asli, proses checkout yang selamat dan lacar serta penghantaran percuma bagi pembelian RM 200 ke atas.
Tak hairanlah mengapa ramai yang memilih Shipmira kerana mereka tawarkan pelbagai pelan pembayaran yang mudah di laman web iaitu menerusi deposit, pratempah dan Buy Now, Pay Later (BNPL).
Selain membantu pelanggan mendapatkan produk berjenama, Shipmira juga tawarkan satu lagi perkhidmatan di website mereka iaitu forwarding atau kiriman barang ke luar negara.
Website e-commerce yang mesra pengguna ini turut dilengkapi dengan laman Testimoni bagi membina kepercayaan pelanggan terhadap Shipmira.