Diasaskan oleh Dr Rizal Abu Bakar, Neuroversiti merupakan jenama yang menawarkan rundingan kesihatan serta produk makanan tambahan untuk kesihatan tubuh bagi seisi keluarga.
Team kami telah ditugaskan untuk mencipta website e-commerce yang menampilkan rangkaian produk kesihatan Neuroversiti yang sesuai untuk pelbagai peringkat usia.
Website ini dibentuk dengan struktur yang kemas serta navigasi yang ringkas bagi keselesaan pelanggan.
Bagi memudahkan pelanggan membuat pembelian, rangkaian produk Neuroversiti turut disusun mengikut kategori iaitu Best Seller, New Product, Healthy Food, Healthy Body dan Healthy Mind, Healthy Life.
Bukan sekadar menawarkan produk, malah laman web ini turut menjadi platform kepada Neuroversiti untuk berkongsikan kepakaran mengenai penjagaan kesihatan.
Menerusi laman Artikel, pengunjung web boleh dapatkan pelbagai informasi berguna mengikut kategori iaitu Kudapan, Otak, Aktiviti dan Tidur.
Ini sesuai dengan matlamat Neuroversiti yang ingin membantu komuniti mencapai gaya hidup yang lebih sihat dan positif.