Website Kamelia Cosmetics sangat sinonim dengan identiti jenama yang serba merah jambu dan comel ibarat dunia fantasi ikan duyung.
Pemenang anugerah Best Liquid Foundation Bloggers’ Choice Award 2023 oleh Beauty Insider, Kamelia Cosmetics bermatlamat untuk menawarkan rangkaian alat solek berkualiti tinggi dan mampu milik untuk semua wanita.
Ketika banyak jenama menjual produk di marketplace, Kamelia Cosmetics tidak teragak-agak untuk menjual produk di website sambil menawarkan ganjaran mata atau Mermaid Point semua pelanggan berdaftar dan ia juga boleh ditebus untuk pembelian seterusnya.
Memang mudah untuk cari produk kosmetik di laman web e-commerce ini apabila semuanya dikategorikan mengikut jenis.
Kamelia Cosmetics juga memanfaatkan laman web ini untuk mengajak orang ramai untuk sama-sama menjana pendapatan sebagai Mermaid Queen Dropshippers dan Resellers. Cuma tekan pada link yang disediakan untuk mendaftar dan isi borang.
Bagi pelanggan yang ingin dapatkan maklumat lanjut, mereka boleh rujuk pada senarai FAQ atau ajukan pertanyaan di ruangan Contact Us untuk berhubung terus dengan Kamelia Cosmetics.