Global Peace Mission (GPM) Malaysia adalah badan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan aktiviti misi bantuan kemanusiaan bagi meringankan beban mangsa-mangsa yang terlibat dengan bencana, kemiskinan dan peperangan.
Bagi mengukuhkan lagi organisasi, GPM ingin membina sebuah website corporate yang berfungsi sebagai platform untuk mereka berkongsikan maklumat serta perkembangan terkini.
GPM juga telah memanfaatkan laman web tersebut dengan berkongsi gambar-gambar, artikel dan berita yang berkaitan aktiviti mereka.
Butang ‘Donate’ turut diletakkan dibahagian atas laman web bagi memudahkan orang ramai untuk menderma hanya dengan satu klik.
Laman web ini turut dilengkapi dengan ciri Subscription sebagai salah satu strategi pemasaran GPM.