Memandangkan Ellir baru sahaja memulakan perniagaannya, maka jenama ini mengambil langkah untuk digitalkan bisnes dan meningkatkan jualan melalui platform dalam talian.
Ellir berhasrat untuk menjadi pembekal produk serta kelengkapan perubatan terkemuka untuk pelanggan tempatan dan luar negara.
Laman web e-commerce yang team kami hasilkan untuk Ellir berkonsepkan moden dengan struktur yang minimalis, sesuai dengan niche perniagaan ini.
Untuk memudahkan navigasi dan akses, team kami telah menyusun struktur laman web supaya maklumat syarikat serta produk dapat dipaparkan dengan rapi.
Ini juga bakal memudahkan organisasi lain seperti peruncit atau pembekal barangan perubatan untuk menyemak produk serta memohon sebut harga pada produk yang disediakan oleh Elir.
Team kami juga telah memberikan sentuhan istimewa pada website ini agar jenama Ellir sebagai pembekal barangan perubatan lebih terserlah dan nampak profesional.