Dengan 35 lokasi pilihan yang strategik di Kelantan, Digital Niaga merupakan Indoor LED Billboard yang dicetuskan menerusi kerjasama Web Impian dan BeDaie.
Team kami telah ditugaskan untuk membangunkan sebuah landing page bagi memaparkan ciri-ciri serta kelebihan billboard ini sebagai salah satu kaedah pengiklanan digital yang berkesan.
Dengan adanya landing page ini, ia bukan sahaja memudahkan pelanggan untuk mendaftar, malah mereka juga boleh memilih pelan pembayaran yang berpatutan mengikut keperluan bisnes.
Lebih menarik lagi, pelanggan juga boleh membuat perbandingan harga dengan mudah mengikut susunan pakej yang disediakan mengikut saiz panel LED.
Pada masa yang sama, kami turut membantu Digital Niaga untuk memaparkan senarai rakan kerjasama mereka bagi meningkatkan kepercayaan pelanggan.