Arrawda merupakan jenama tudung instant yang terkenal di kalangan wanita muslimah yang mementingkan kualiti serta keselesaan. Tidak hanya tudung, jenama ini turut tawarkan rangkaian jubah dan kurta eksklusif dengan sentuhan moden.
Jenama ini tidak asing lagi di platform media sosial seperti Facebook dan Instagram. Jadi, mereka mengambil langkah untuk membuka website e-commerce bagi mencapai lebih ramai pelanggan.
Team kami telah diminta untuk menghasilkan sebuah laman web yang membolehkan jenama ini beralih daripada perniagaan di media sosial ke website.
Selain dapat menyerlahkan identiti dan reputasi jenama secara online, Arrawda juga ingin miliki website yang mampu mencipta suasana membeli-belah yang selesa dan mesra buat pencinta fesyen muslim dan muslimah.
Layout website yang tersusun membolehkan Arrawda untuk memaparkan koleksi jenama secara lebih detail dan menarik kepada pelanggan.
Pelanggan juga lebih mudah untuk mencari koleksi pakaian serta hijab mengikut kategori di laman web.