Kini dikenali sebagai Rabiaah, Anecdotte merupakan jenama hijab dan pakaian muslimah dengan rekaan yang elegan dan selesa untuk digayakan setiap hari.
Team kami telah ditugaskan oleh Anecdotte untuk membangunkan sebuah e-commerce website agar mereka dapat menjual serta mempromosikan produk secara atas talian.
Sambil menekankan koleksi ekslusif iaitu Eid 2024 dan Sale, jenama ini turut menyusun koleksi busana dan aksesori mengikut kategori agar pelanggan mudah mencari produk kegemaran mereka.
Untuk meningkatkan keyakinan pelanggan, kami juga membantu Anecdotte untuk highlight kelebihan pembelian di website kepada pelanggan seperti ‘Free Shipping’, ‘Worldwide Shipping’ dan ’30-Day Guarantee’.
Pelanggan yang berminat untuk ikuti perkembangan terkini jenama ini juga boleh klik pada pautan media sosial yang disediakan di bahagian bawah laman utama.