Landing Page merupakan satu halaman laman web yang dibina bagi tujuan spesifik seperti untuk mempromosi sesebuah produk, mencari prospek atau menggalakkan pengguna untuk mengambil tindakan di halaman tersebut.
Mesej yang biasanya dipamerkan pada landing page perlulah jelas kepada pengguna. Untuk membina landing page yang berkesan, penting untuk pemilik bisnes faham keinginan dan kemahuan prospek. Dengan mesej yang jelas, ianya lebih mudah untuk memujuk prospek yang datang ke halaman tersebut mengambil sesuati tindakan.