Pihak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah melantik En Hanny Ramzy Bin Che Razali selaku pengurus Web Impian Sdn Bhd sebagai salah seorang panel juri (kategori pembangunan laman sesawang) bagi Pertandingan Keusahawanan Digital 2022 “Kuasakan Bisnes Dengan Digitalisasi” anjuran Majlis Keusahawanan Mahasiswa Universiti Malaysia (MAKMUM) dengan kerjasama Pusat Teknousahawan Universiti, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.