MyInfaq adalah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berkomitmen dalam usaha sedekah untuk mengumpul dana bagi sekolah, masjid, anak yatim, dan golongan fakir miskin di beberapa negara yang dipilih.
Team Lamanweb telah ditugaskan oleh MyInfaq untuk membina website corporate bagi meningkatkan brand awareness serta memudahkan urusan sumbangan secara atas talian.
Tidak hanya berfungsi sebagai platform mengumpul dana, malah laman web ini turut menawarkan pakej aqiqah, qurban dalam dan luar negara, serta perkhidmatan zakat dan waqaf kepada orang ramai.
Selain itu, MyInfaq juga memanfaatkan website ini bagi memberi peluang kepada NGO lain untuk mendaftar kempen kebajikan sendiri. Kepada NGO yang berminat, mereka hanya perlu klik pada butang ‘Daftar Kempen Kebajikan’ yang tertera pada bahagian atas website.
Pada masa yang sama, feature ‘Sedekah Sekarang’ turut disertakan di dalam website bagi membolehkan pengguna membuat pilihan sumbangan secara ‘one-off’ atau bulanan.