Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Elrah Exclusive, sebuah jenama baju Melayu dan kurta yang tak asing lagi di Malaysia.
Team kami telah diberi tanggungjawab untuk membina satu laman web e-commerce supaya Elrah dapat tingkatkan lagi jualan secara atas talian.
Untuk mewujudkan satu pengalaman membeli-belah yang terbaik, kami telah membangunkan sebuah website user-friendly dengan layout yang ringkas.
Pelanggan dapat membuat perbandingan harga serta rekaan pakaian dengan mudah menerusi kategori ‘New In’, ‘Kurta’ dan ‘Baju Melayu’ yang dipaparkan pada Home Page.
Team kami turut menambah ciri ‘How To Order’ dan ‘Track Your Order’ bagi memastikan proses pembelian dan pesanan berjalan dengan lancar.
Elrah Exclusive juga memanfaatkan website ini untuk mengajak orang ramai menjana pendapatan sebagai dropship. Ciri ‘Dropship Login/Register’ membolehkan ahli baharu untuk mendaftar dan ahli sedia ada untuk uruskan semua pesanan dalam satu platform.