FTR Exclusive adalah sebuah syarikat penerbitan buku yang turut menawarkan bimbingan tentang pemasaran dan penulisan perniagaan melalui seminar dan latihan.
Team kami telah diberi kepercayaan untuk membangunkan sebuah laman e-commerce buat jenama ini.
Selain menjadi platform untuk pendaftaran ejen, FTR Exclusive turut memanfaatkan website ini untuk memudahkan orang ramai mendaftar program atau seminar yang diadakan.
Menerusi paparan gambar aktiviti di ruangan galeri dan perkongsian testimoni dalam bentuk video serta snapshot, pelanggan pasti lebih yakin untuk sertai FTR Exclusive.
Pelanggan juga boleh dapatkan produk seperti buku-buku terbitan FTR Exclusive, banner dan koleksi cenderamata di laman web ini.
Jenama ini juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi ilmu keagamaan serta motivasi di ruangan blog.
Usaha ini juga selari dengan matlamat mereka untuk membentuk budaya dan akhlak membaca yang tinggi dalam kalangan masyarakat.