Website Aisysmom yang telah diberikan sentuhan khas oleh team kami kini tampak lebih simple dengan rekaan yang minimalis.
Aisysmom menawarkan aneka pakaian serta hijab buat para muslimah yang gemar bergaya dengan trend terkini. Popular dengan rekaan mesra ibu, jenama ini komited dalam menghasilkan koleksi busana premium dengan harga mampu milik.
Team kami telah ditugaskan untuk revamp website Aisysmom bagi menambah beberapa features baharu.
Kini, pelanggan Aiysmom lebih senang untuk mencari pakaian dan rekaan hijab yang diinginkan menerusi ciri ‘Filter’ di halaman katalog produk.
Team kami turut membantu jenama ini menambah ciri ‘Float Cart’ pada laman supaya pelanggan dapat semak tentang jumlah pembayaran semasa dengan mudah.
Halaman ‘Checkout’ juga telah diubahsuai daripada layout asal bagi memudahkan pelanggan membuat pembayaran.
Lebih menarik lagi, website Aisysmom juga dilengkapi dengan Instagram Feed pada laman utamanya. Gambar daripada Instagram Feed bukan sahaja mampu menyerikan lagi laman utama, malah ia juga boleh mendorong lebih ramai pelanggan untuk ikuti laman media sosial mereka.