Feeza Anggun merupakan sebuah jenama hijab pilihan ramai wanita muslimah yang ingin tampil elegan menutup aurat dengan rekaan yang terkini.
Bagi memudahkan pelanggan mendapatkan barangan daripada Feeza Anggun secara atas talian, team kami telah ditugaskan untuk membuat satu website e-commerce.
Website ini disertakan dengan ciri Google maps untuk memudahkan pelanggan mencari lokasi butik dengan tepat.
Bagi mendorong pelanggan untuk terokai koleksi Feeza Anggun dengan lebih lanjut, kami telah wujudkan ciri slideshow di Home Page yang cukup menarik.
Testimoni yang disusun mengikut jenis tudung pula memberi kelainan serta kemudahan kepada pelanggan baharu untuk ketahui rekaan pilihan penggemar Feeza Anggun.