Kami berbesar hati untuk membantu Ukhtees, iaitu sebuah jenama pakain Muslimah terkemuka dalam membangunkan sebuah website korporat khusus bagi kutipan derma.
Tujuan utama penubuhan website ini adalah bagi menggalakkan orang ramai menyertai jualan amal bagi menderma baju untuk mangsa banjir di pantai timur.
Pengunjung web juga boleh menderma dengan mudah menerusi langkah-langkah yang telah disediakan. Mereka hanya perlu pilih pakej serta kuantiti derma, isikan maklumat serta pilih kaedah bayaran.
Menerusi Beri Salam, pengurusan sumbangan dapat diuruskan dengan lebih lancar dan sistematik.
Copywriting yang dipaparkan juga ringkas dan mudah difahami sebagai panduan dan makluman kepada penderma.